May 24, 2013

Best Nya belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

hyee , assalamualaikum semua ... setelah sekian lama memikirkan dekat mana , bila , nak sambung belajar . NOW , aku decide nak pegi KPTM . aku da dapat dekat kuantan .. Walaupon jauh .. Aku kena juga pergi . Ini demi masa depan aku .. Tak kan lah nak duduk rumah je kan ... Ini lah antara kenapa aku pilih KPTM :)



1) Keistimewaan belajar di KPTM(Kolej Poly-Tech MARA)
 -->Institusi pendidikan milik penuh Majlis Amanah                              Rakyat(MARA).
 -->Pembiayaan pengajian oleh MARA/PTPTN.
 -->Tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman.
 -->Kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti makmal komputer dan perpustakaan.
 -->Bilik kuliah berhawa dingin dan selesa.
 -->Prasarana lengkap
 -->Lokasi Strategik dengan kemudahan pengangkutan awam yang baik.
 -->Struktur pengajian adalah berasaskan teori dan latihan amali.
2) Pemohon yang mempunyai Kelayakan Minima juga dipertimbangkan untukKemasukan mengikuti program yang bersesuaian.

3) Penajaan/pinjaman serta elaun sara hidup akan diuruskan oleh pihak kampus selepas pemohon mendaftar dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

4) Kadar bayaran elaun kepada pelajar yang baik untuk meringankan kos sara hidup pengajian dikampus sebagaimana jadual dibawah:-


Kelebihan pinjaman pelajaran MARA:-
1. Pinjaman boleh ubah. Bermaksud bukan pinjam 30k kena bayar 30k. Cukup sekadar tamat belajar dengan 2.00, potongan 50% akan diberikan (% potongan berdasarkan CGPA). Kalau cemerlang boleh convert menjadi tajaan.
2. Kalau diterima bekerja dibawah agensi MARA atau anak syarikat MARA, yuran pengajian diconvert menjadi tajaan.
3. Bayar balik pinjaman selepas setahun tamat pengajian
4. Elaun sara diri setiap bulan, diploma = RM525+, degree = RM635+
5. Elaun buku setiap tahun
6. CGPA 3.50 keatas, berpeluang untuk mohon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) untuk mendapat tajaan MARA bagi menyambung pelajaran di luar negara.


19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Jika ada yang berminat untuk menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Boleh memohon di Permohonan KPTM

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nk tya klu kuptm ni pengajiannya dibiaya tak oleh MARA?

    ReplyDelete
  7. Nak tahu apa beza KPM, KPTM dan KuPTM?

    InshaAllah anak dapat KPTM Kuantan utk Foundation in Arts.

    KPTM dapat elaun bulanan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kptm ialah kolej poly tech mara..kuptm plk kolej universiti poly tech mara..kalau nak dibandingkan kuptm lagi bagus..sbb dia bertaraf kolej universiti..kalau mcm elaun sapa yg ada jawatan tinggi je dpt..contohnya MPP(Majlis Perwakilan Pelajar)..mereka sahaja yg layak

      Delete
    2. Beza KPTM dan KUPTM adalah kursus yang ditawarkan, KPTM hanya tawarkan kursus pengajian peringkat diploma dan degree sahaja. Meanwhile, KUPTM ada tawarkan kursus sehingga peringkat PhD, sebab tu nama dia kolej University. Belajar kat KPTM ke KUPTM ke, sama je. Tentang elaun pula, semua pelajar yg layak mohon pinjaman MARA di KPTM, akan dapat elaun sara diri MARA setiap bulan. Kalau jadik MPP pun ada elaun, maknanya elaun bulanan + elaun MPP. Please jangan bagi maklumat yg salah ya. Yg reply ni pun macam palatao je 😂

      Delete
  8. Kalau minta diploma sport management macam mana untuk menyambung ijazah atau adakah akan terus diserap

    ReplyDelete
  9. Assalamulaikum hi, i found this blog rn huhu. Nak tnya sikit, maksudnya you ada buat pinjaman MARA but after habis blajar no need to bayar full? Kena jaga pointer mcm tu ke?? Lagi satu, you sambung diploma apa kat kptm? Ok tak pembelajaran di sini? Hope you'll will reply this asap, tq🥺🙏🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sekarang ni kalau layak masuk KPTM , insya Allah akan layak pinjaman MARA. maksud kena jaga CGPA tu jangan smpi bawah 2.0 , kalau lebih 2.0, insya Allah kan layak untuk mohon pengurangan pinjaman. Kemudahan di KPTM serba lengkap dan semua program ada kelulusan MQA. Asrama untuk pelajar sem1/tahun 1 juga disediakan tapi berbayarlah dengan yuran asrama yg minima. boleh download mobile apps kedu2u di Playstor untuk makluman lanjut berkenaan program yang ditawarkan.

      Delete
    2. selepas bergraduat, graduan layak untuk mendapat pengurang balik bayaran pinjaman MARA berdasarkan CGPA. Graduan akan berurusan dengan Bahgaian Kawalan Kredit MARA untuk mengetahui jumlah diskaun yang akan diberi. secara dasarnya pinjaman yang dibuat tidak akan dibayar penuh kerana semuanya bergantung kpd CGPA pelajar, lagi tingi CGPA lagi tinggi diskaun yang akan diberi

      Delete
  10. tak semua student ke dpt elaun kt kptm?

    ReplyDelete
  11. Semua student yg layak mohon pinjaman MARA akan dapat elaun sara diri setiap bulan (RM525) dan elaun perkakasan (RM1000+) setiap tahun.

    ReplyDelete
  12. Hostel ada di sedia kan..

    ReplyDelete