May 24, 2013

Best Nya belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

hyee , assalamualaikum semua ... setelah sekian lama memikirkan dekat mana , bila , nak sambung belajar . NOW , aku decide nak pegi KPTM . aku da dapat dekat kuantan .. Walaupon jauh .. Aku kena juga pergi . Ini demi masa depan aku .. Tak kan lah nak duduk rumah je kan ... Ini lah antara kenapa aku pilih KPTM :)



1) Keistimewaan belajar di KPTM(Kolej Poly-Tech MARA)
 -->Institusi pendidikan milik penuh Majlis Amanah                              Rakyat(MARA).
 -->Pembiayaan pengajian oleh MARA/PTPTN.
 -->Tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman.
 -->Kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti makmal komputer dan perpustakaan.
 -->Bilik kuliah berhawa dingin dan selesa.
 -->Prasarana lengkap
 -->Lokasi Strategik dengan kemudahan pengangkutan awam yang baik.
 -->Struktur pengajian adalah berasaskan teori dan latihan amali.
2) Pemohon yang mempunyai Kelayakan Minima juga dipertimbangkan untukKemasukan mengikuti program yang bersesuaian.

3) Penajaan/pinjaman serta elaun sara hidup akan diuruskan oleh pihak kampus selepas pemohon mendaftar dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

4) Kadar bayaran elaun kepada pelajar yang baik untuk meringankan kos sara hidup pengajian dikampus sebagaimana jadual dibawah:-


Kelebihan pinjaman pelajaran MARA:-
1. Pinjaman boleh ubah. Bermaksud bukan pinjam 30k kena bayar 30k. Cukup sekadar tamat belajar dengan 2.00, potongan 50% akan diberikan (% potongan berdasarkan CGPA). Kalau cemerlang boleh convert menjadi tajaan.
2. Kalau diterima bekerja dibawah agensi MARA atau anak syarikat MARA, yuran pengajian diconvert menjadi tajaan.
3. Bayar balik pinjaman selepas setahun tamat pengajian
4. Elaun sara diri setiap bulan, diploma = RM525+, degree = RM635+
5. Elaun buku setiap tahun
6. CGPA 3.50 keatas, berpeluang untuk mohon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) untuk mendapat tajaan MARA bagi menyambung pelajaran di luar negara.


May 18, 2013

Beza Cinta , Sayang , Minat dan Suka .


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SMILE :)
[ . ]
[ . ]
[ . ]
[ . ]
[ . ]
[ . ]


 

Hargai lha ea setiap orang yang hadir dalam hidup kita :)

Kawan-kawan

Nie time kcs 2012 .. x balik rumah , sume kena kepong .. hehe

Time hari perpisah Miss Linda .
kawan-kawan time form2 .Maybe?

Lepak-lepak di Kuala Kangsar .

TUGASAN !

Cara Memilih kawan-kawan



Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.

Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Resepi Ais-Cream Vanilla

Bahan-bahan ( 2 liter )

5 sudu gula pasir *
1 tin besar susu sejat/cair *
1 sudu besar ovallete *
1 biji telur *
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla

Cara-cara

mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
simpan dalam freezer 30 minit
ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
kacau dengan wisk atau senduk kayu
boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB

May 17, 2013


Bagaimana cara melupakan seseorang? Wah, ayat bagai sedang kecewa ja, Ini kes lain tak bukan kes kasih kekasih putus tunang la nie. Huhu, Admin tidak mahu menggangu perasaan anda ketika ini. Admin faham, memang bukan senang nak lupakan orang yang kita sayangi. Apa yang dapat Admin tolong adalah kongsikan tips melupakan seseorang sahaja. Di bawah ini ada beberapa tips serta cara-cara untuk melupakan seseorang.

    cara melupakan seseorang
    Bakar, atau buang atau sedekahkan (baik hati sikit) barang pemberian dia kepada anda kepada orang lain. Kalau dia pernah hadiahkan Anda iPhone, sedekah je pada Admin. Hehe.

    Jauhkan diri anda daripada berjumpa dengan dia.
    Jangan sesekali hubungi dia, padamkan nombor telefonnya, dan blacklistkan dia daripada henset Anda.
    Kalau ada YM, Facebook, delete dan remove akaun dia daripada akaun anda kemudia block terus.
    Cari tempat baru. Hindarilah pergi ke tempat–tempat yang mengingatkan anda pada dirinya, jauhi perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Pergilah sejauh – jauhnya. Janganlah kita mengikuti kegiatan yang dia pun menyukai kegiatan tersebut. Carilah kegiatan baru dimana anda tidak akan pernah mengingatnya lagi. Jangan mendengarkan lagu yang dia suka, jangan menonton film yang dia suka dan sebagainya.
    Isikan masa anda dengan perkara lain, tumpukan perhatian kepada life anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Pendek kata: Sibukkan diri Anda dengan perkara yang berfaedah. Bila dah sibuk tak ada ruang untuk Anda fikir pasal dia.
    Maafkan dirinya (sekiranya dia lakukan kesalahan) – Belajarlah untuk memaafkan, bagaimanapun sakitnya hati Anda, maafkanlah dia, kerana dengan memaafkan, nescaya Anda akan lebih mudah untuk melupakannya.
    Banyakkan berdoa dan beribadat. Cintailah Allah diatas Segalanya

Itu antara cara melupakan seseorang tahap awal yang boleh Anda praktikkan, selalunya ramai yang berjaya. Namun kalau tak lupa juga, ikut peringkat seterusnya iaitu cara cepat melupakan seseorang di bawah ini pula:

“Buka hati anda. Ini adalah hal cara terakhir yang susah sekali yang harus Anda lakukan, kerana membuka hati anda pada orang lain adalah satu cara yang berkesan untuk melupakan seseorang. Apabila fikiran anda asyik tumpu kepada si dia, maka pemandangan anda sedikit tersekat. Bukalah hati dan mata anda pada orang lain, nescaya anda akan cepat melupakan seseorang.”

OK. Semoga cara melupakan seseorang di atas itu sedikit-sebanyak dapat membantu anda yang sedang dilamun kecewa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan paksa diri Anda. Admin pun pernah lalui masa itu juga, cuma tak lah teruk. Selalunya kes susah nak lupa seseorang nie adalah perempuan. Lelaki hati kering tak ada masalah.

Selamat mencuba!

PS: Jika diserah seluruh cinta dan jiwa ragamu kepada manusia, di mana baki cinta hatimu kepada Yang Esa? Cara melupakan seseorang – bagaimana cara melupakan seseorang? Wah, ayat bagai sedang kecewa ja, Ini kes lain tak bukan kes kasih kekasih putus tunang la nie. Huhu, Admin tidak mahu menggangu perasaan anda ketika ini. Admin faham, memang bukan senang nak lupakan orang yang kita sayangi. Apa yang dapat Admin tolong adalah kongsikan tips melupakan seseorang sahaja. Di bawah ini ada beberapa tips serta cara-cara untuk melupakan seseorang.

  1. Bakar, atau buang atau sedekahkan (baik hati sikit) barang pemberian dia kepada anda kepada orang lain. Kalau dia pernah hadiahkan Anda iPhone, sedekah je pada Admin. Hehe.
  2. Jauhkan diri anda daripada berjumpa dengan dia.
  3. Jangan sesekali hubungi dia, padamkan nombor telefonnya, dan blacklistkan dia daripada henset Anda.
  4. Kalau ada YM, Facebook, delete dan remove akaun dia daripada akaun anda kemudia block terus.
  5. Cari tempat baru. Hindarilah pergi ke tempat–tempat yang mengingatkan anda pada dirinya, jauhi perkara-perkara yang berkaitan dengan dirinya. Pergilah sejauh – jauhnya. Janganlah kita mengikuti kegiatan yang dia pun menyukai kegiatan tersebut. Carilah kegiatan baru dimana anda tidak akan pernah mengingatnya lagi. Jangan mendengarkan lagu yang dia suka, jangan menonton film yang dia suka dan sebagainya.
  6. Isikan masa anda dengan perkara lain, tumpukan perhatian kepada life anda, keluarga dan rakan-rakan anda. Pendek kata: Sibukkan diri Anda dengan perkara yang berfaedah. Bila dah sibuk tak ada ruang untuk Anda fikir pasal dia.
  7. Maafkan dirinya (sekiranya dia lakukan kesalahan) – Belajarlah untuk memaafkan, bagaimanapun sakitnya hati Anda, maafkanlah dia, kerana dengan memaafkan, nescaya Anda akan lebih mudah untuk melupakannya.
  8. Banyakkan berdoa dan beribadat. Cintailah Allah diatas Segalanya
Itu antara cara melupakan seseorang tahap awal yang boleh Anda praktikkan, selalunya ramai yang berjaya. Namun kalau tak lupa juga, ikut peringkat seterusnya iaitu cara cepat melupakan seseorang di bawah ini pula:
“Buka hati anda. Ini adalah hal cara terakhir yang susah sekali yang harus Anda lakukan, kerana membuka hati anda pada orang lain adalah satu cara yang berkesan untuk melupakan seseorang. Apabila fikiran anda asyik tumpu kepada si dia, maka pemandangan anda sedikit tersekat. Bukalah hati dan mata anda pada orang lain, nescaya anda akan cepat melupakan seseorang.”
OK. Semoga cara melupakan seseorang di atas itu sedikit-sebanyak dapat membantu anda yang sedang dilamun kecewa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan paksa diri Anda. Admin pun pernah lalui masa itu juga, cuma tak lah teruk. Selalunya kes susah nak lupa seseorang nie adalah perempuan. Lelaki hati kering tak ada masalah.
Selamat mencuba!
PS: Jika diserah seluruh cinta dan jiwa ragamu kepada manusia, di mana baki cinta hatimu kepada Yang Esa?

Kisah 3 SAHABAT


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

... si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si Bpula bercerita...

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

#♥#sImPLe♥