Jun 2, 2013

Hati Sendiri ATAU ???


Assalamualaikum....


Bercerita tentang hati lagi. Dalam meniti perjalanan hidup yang singkat ini perbagai manusia singgah di hati. Tua, muda, anak kecil mahu pun hampir sebaya. Lumrah  kehidupan bila dah rapat pasti jatuh sayang, pasti jatuh kasih pada insan yang rapat. Bagi anak kecil kita anggap mereka umpama anak. Bagi yang tua kita anggap sebagai ibu atau bapa kita sendiri. Bagi yang seumuran dengan kita pastinya kita anggap sebagai sahabat baik kita atau jika ada yang punya perasaan terlebih melimpah tu mungkin sampai ada perasaan cinta jika berlainan jantina.

Mudahnya menyerahkan perasaan kasih. Mudahnya kita meletakkan kasih pada insan sekeliling. Itulah namanya hati...amat lembut dan mudah tersentuh. Amat peka dan mudah simpati, bila ada yang sedih kita turut bersedih. Bila ada yang sengsara kita turut terseksa melihatnya. Sebaik mungkin kita mahu menjaga hati insan di sekeliling kita. Tak kira samada mereka sahabat baik, kekasih hati, jiran, adik angkat, adik beradik...siapa saja insan luar yang baru menjengah dalam kehidupan kita. Pastinya kita mahu mereka gembira bersahabat dengan kita. 

Adakala perasaan kita terluka dek perbuatan dan kata-kata mereka kita cuba ubati dalam diam. Kita tak mahu terputus hubungan hanya kerana salah faham. Kata-kata pedas bagai asid kita lebur dalam air kesabaran. Kata-kata tajam menusuk kalbu kita telan biarkan ia menumpul dalam dada kita...semuanya kita telan dengan harapan ukhwah tetap utuh. 

Namun ramai yang merintih. Hati saya siapa nak jaga? Perasaan saya ada orang peduli? Sampai bila saya harus mengalah? Perlukah saya diam kan diri sampai bila-bila? Semua merintih..pedihnya hati yang luka akibat perbuatan insan sekeliling. Sampai bila harus kita bertahan? Jangan biar luka menjadi barah kerana bila-bila ia pasti akan meletus dan parah jika dibiarkan. Hati yang terluka umpama cermin retak yang tak bisa dicantum kembali. Malah jika terusik kembali pastinya bisa melukakan walau dengan garis-garis keretakan itu.

Nota kaki: Jagalah hati sendiri kerana hanya kita yang mampu menceriakan dan membahagiakan hati kita. Buang jauh-jauh sahabat yang hanya melukakan hati dan perasaan kita. 


May 24, 2013

Best Nya belajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

hyee , assalamualaikum semua ... setelah sekian lama memikirkan dekat mana , bila , nak sambung belajar . NOW , aku decide nak pegi KPTM . aku da dapat dekat kuantan .. Walaupon jauh .. Aku kena juga pergi . Ini demi masa depan aku .. Tak kan lah nak duduk rumah je kan ... Ini lah antara kenapa aku pilih KPTM :)



1) Keistimewaan belajar di KPTM(Kolej Poly-Tech MARA)
 -->Institusi pendidikan milik penuh Majlis Amanah                              Rakyat(MARA).
 -->Pembiayaan pengajian oleh MARA/PTPTN.
 -->Tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman.
 -->Kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti makmal komputer dan perpustakaan.
 -->Bilik kuliah berhawa dingin dan selesa.
 -->Prasarana lengkap
 -->Lokasi Strategik dengan kemudahan pengangkutan awam yang baik.
 -->Struktur pengajian adalah berasaskan teori dan latihan amali.
2) Pemohon yang mempunyai Kelayakan Minima juga dipertimbangkan untukKemasukan mengikuti program yang bersesuaian.

3) Penajaan/pinjaman serta elaun sara hidup akan diuruskan oleh pihak kampus selepas pemohon mendaftar dan menyediakan dokumen yang diperlukan.

4) Kadar bayaran elaun kepada pelajar yang baik untuk meringankan kos sara hidup pengajian dikampus sebagaimana jadual dibawah:-


Kelebihan pinjaman pelajaran MARA:-
1. Pinjaman boleh ubah. Bermaksud bukan pinjam 30k kena bayar 30k. Cukup sekadar tamat belajar dengan 2.00, potongan 50% akan diberikan (% potongan berdasarkan CGPA). Kalau cemerlang boleh convert menjadi tajaan.
2. Kalau diterima bekerja dibawah agensi MARA atau anak syarikat MARA, yuran pengajian diconvert menjadi tajaan.
3. Bayar balik pinjaman selepas setahun tamat pengajian
4. Elaun sara diri setiap bulan, diploma = RM525+, degree = RM635+
5. Elaun buku setiap tahun
6. CGPA 3.50 keatas, berpeluang untuk mohon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) untuk mendapat tajaan MARA bagi menyambung pelajaran di luar negara.